Terjemahan

522901188_754751187050240_4778102441519067694__20260512-082951_1

Soalan ringkas saya kepada Syeikh Majid Makki مجد مكي hafizahullah wa ra'ahu.

Soalan 1:

Apakah kitab tafsir yang syeikh boleh cadangkan untuk orang awam baca?

Jawapan syeikh:

Jika dipermudahkan untuk baca, saya cadangkan kitab saya iaitu

المعين على تدبر الكتاب المبين
"Al-Muʿīn ʿalā Tadabbur al-Kitāb al-Mubīn"

Kerana keringkasannya dan kitab ini disampaikan semampunya dengan makna yang tepat dan benar.

Tambahan saya:

- Al marhum Syeikh Solah Abd Fattah al Khalidi رحمه الله juga pernah menyebut tentang kitab ini dan memuji Syeikh Majid.

- Saya baru tahu ada terjemahan kitab syeikh untuk juzuk 30 yang baru diterbitkan. Mubarak.

Soalan 2:

Berapa banyak kitab tafsir yang perlu dirujuk oleh seorang penterjemah ke dalam bahasa selain bahasa Arab, seperti bahasa Melayu, agar terjemahannya menjadi lebih baik dan tepat?

Jawapan syeikh:

Adapun berapa buah kitab tafsir yang perlu dirujuk oleh seseorang penterjemah ke dalam bahasa selain bahasa Arab bagi menjadikan terjemahannya lebih baik, maka saya katakan, tidak kurang daripada lima buah kitab tafsir.

Sebagai contoh boleh rujuk:

1. Tafsir Ibn Kathir,
2. Tafsir al-Khazin,
3. dan dari kalangan ulama kontemporari, kitab "Maʿārij at-Tafakkur" karya Syeikh ʿAbd al-Rahman Habannakah,
4. serta kitab "Taysīr at-Tafsīr" karya Abu Hafs al-Nasafi.

Syeikh hanya sebut 4 kitab. Mungkin termasuklah kitab beliau.

Soalan 3:

Apakah nasihat syeikh kepada mereka yang tidak belajar bahasa Arab dan juga tidak berusaha untuk mempelajarinya?

Nasihat syeikh:

Adapun nasihat saya kepada sesiapa yang tidak belajar bahasa Arab dan tidak berusaha untuk mempelajarinya, maka saya nasihatkan agar bersegeralah belajar bahasa Arab kerana ia adalah bahasa al-Qur'an, bahasa Nabi yang mulia صلى الله عليه وسلم, dan ia juga merupakan jalan untuk membuka khazanah ilmu dan memperbanyakkan daripadanya.

Wallahu'alam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


BE HUMBLE.
NOTA RINGKAS BUKU "HOW TO GET A PhD"
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 27 May 2026