Semua ada fasanya

Semua ada fasanya.

Fasa mula belajar, fasa mula mengenal, fasa  bersemangat—fasa demi fasa.

Tidak perlu terlalu gusar dengan apa yang berlaku pada orang lain.

Apabila fasa-fasa itu berlalu nanti, semoga kematangannya akan bertambah,
dan kesedarannya akan hadir tentang ke mana arah hidup sebenarnya hendak dia bawa.

Manusia perlu diberi ruang untuk melalui fasa-fasa kehidupannya.
Itulah jalan paling berguna untuk dia memperbaiki dirinya—
belajar daripada pengalaman sendiri.

Usah terlalu risau tentang si fulan dan si fulan.
Jika dia benar-benar ikhlas menempuh jalan itu, maka Allah jualah yang akan mengurniakan hidayah dan taufik padanya untuk menjadi lebih baik.

Jangan lupa dengan melihat ke dalam diri sendiri.


Setelah beberapa dekad yang telah berlalu pergi,
apakah kita sendiri telah berubah dahulu?
Lebih baik? Lebih matang? Lebih halus?

Begitulah juga caranya kita belajar memahami fasa-fasa hidup orang lain.
Ada masanya nanti, semuanya akan sampai ke tempatnya.

Tenang sahaja.
Yang Tinggal Hanyalah Kenangan, Yang Kekal Adalah ...
Akhlaqul Karimah
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 27 May 2026