Yang Tinggal Hanyalah Kenangan, Yang Kekal Adalah Pengajaran
Dah lama saya mencari buku ini sejak akhir 2025. Tapi tiada stok dan tak jumpa siapa publisher. Akhirnya saya jumpa juga, itu pun hanya ada 1 stok.
Sebak juga mengetahui sedikit sebanyak tentang buku dan penulis buku ini. Tahun 2025 siap cetak buku dan pada tahun yang sama Dec 2025 penulis menghembuskan nafas terakhir.
Dari sisi baik, seakan Allah sengaja memberi izin penulisnya menyempurnakan buku ini dahulu dan barulah nyawanya diambil.
Lebih rasa terharu, dikatakan oleh anak muridnya bahawa al marhum prof menggunakan duit pencen beliau sebulan untuk biaya cetakan buku ini. Saya melihat prof aktif juga mempromosikan bukunya sendiri.
Membaca di awal-awal muka surat sahaja telah membuat saya tersenyum seronok dengan pemikiran penulis buku ini. Tidak syak lagi ini antara buku yang saya cari pengisiannya untuk menambahkan lagi pengetahuan yang mendalam tentang 'PhD' dan dunia akademik. al marhum prof telah bergelumang lama lebih 40 tahun dalam dunia akademik.
Membaca buku ini membuat saya lebih cepat sedikit belajar. belajar daripada orang lama jika bukan daripada pergaulan boleh terus belajar daripada penulisan. Belajar cara berfikir, bertindak, malah dalam buku ini dilengkapkan dengan sejarah penubuhan universiti pertama di Malaysia.
Buku ini kemas, layout cantik, ada warna, bergambar. Ia tidak jemu. Ia boleh dikatakan separuh travelog penulis dan juga perkongsian penulis-penulis lain yang turut berkongsi pengalaman menyambung pengajian PhD.
Saya dapat tahu melalui posting al marhum bahawa ada yang memberi respon terhadap buku ini dengan mengatakan
"I am excited to proceed for PhD after reading your book".
Menurut prof sendiri, ada yang sedang stress buat PhD merasa dan menjadikan bukunya ini sebagai bacaan. Ya, al marhum menulis buku ini untuk calon PhD dan mereka yang ingin mengenali aktiviti akademik dan universiti.
Semoga Allah merahmati dan mengampuni penulis. Saya diizikan Allah membaca ini buat belajar untuk diri sendiri. Moga teman seperjuangan juga!