Calon Ph.D dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), dengan fokus penyelidikan terhadap membina model pengurusan program Mosque Tour sebagai medium dakwah kontemporari. Malah kajian peringkat doktor falsafah ini adalah kesinambungan daripada kajian yang telah dilaksanakan diperingkat Sarjana iaitu "Garis Panduan Fiqh Pelancong Bukan Islam di Masjid Putra, Putrajaya."
Selain daripada pernah bermusafir sendiri seperti ke Arab Saudi, Dubai, Jordan, Yaman, Jepun, Singapore, Indonesia, beliau juga Mempunyai pengalaman menjadi Mutawwif (Umrah & Haji) dan Tour Leader ke beberapa negara Eropah seperti United Kingdom (London), Republik Ireland, Perancis, Belgium, Luxembourg, Switzerland, Belanda, Turki dan Asia, Korea dan Taiwan. Beliau juga mempunyai lesen menjadi pemandu pelancong (Bahasa Inggeris) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta mempunyai pengalaman menjadi sukarelawan pemandu pelancong masjid di Masjid Putra dengan menyantuni pelawat dari pelbagai latar belakang dengan pendekatan hikmah dan profesional serta banyak berpeluang menyertai training Mosque Tour Guide (MTG).
Beliau juga memiliki kemahiran dalam pengajaran bahasa Arab sebagai Arabic Tutor, dengan mendapat pensijilan daripada King Salman Global Academy for Arabic Language (Riyadh), khusus dalam pengajaran kepada bukan penutur asli selain daripada mempunyai modul sendiri "22 Kaedah Lahjah Hijaziyyah (Dialek Arab Mekah)". Turut mempunyai latar belakang bidang penterjemahan, berkelulusan Diploma Penterjemahan Profesional daripada Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menggabungkan dunia akademik, dakwah lapangan (outreach) dan komunikasi bahasa, beliau cuba membawa pendekatan bersepadu dalam menyampaikan Islam secara jelas, relevan, dan berkesan kepada masyarakat global.