ROOM TO READ
ROOM TO READ.
#selfreflect
Saya ambil masa hampir 11 bulan bermula 12 Ogos 2025 untuk menghabiskan buku tebal ini yang mempunyai 266 muka surat ini. Saya membelinya di Courasell tempat barang second hand dijual.
Lama kan 11 bulan.
Yeah…I am quite a slow reader, I read to understand, to feel, to imagine, to learn, and to self-reflect.
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat tamatkan hari ini dan berakhir ketika saya menaiki LRT pulang ke rumah…
Buku ini menambah motivasi saya… memberi idea… mempelajari dan mengambil 'wisdom' hatta daripada orang bukan Islam…saya suka membaca perjalanan dalam buku ini…
Ia adalah sebuah kembara…
Untuk yang mencintai buku, membaca dan pendidikan… buku ini mungkin akan menambah prespektif baru… walaupun cerita dalamnya telah lebih berlalu dua dekad lamanya… namun ia masih relevan…
Membaca bab ke 2 sahaja telah menyentuh perasaan… ia menguatkan lagi untuk saya terus 'paksa' diri sehingga ke akhir bab… saya perlu harus gali… belajar dan tahu apa sebenarnya dunia luar telah buat dan saya tidak pernah tahu apa-apa…
Kira-kira 5 tahun lepas ketika saya baru berjinak dengan gajet kindle, saya berbual dengan salah seorang cina pengguna kindle tegar yang banyak menguruskan pembelian buku melalui amazon…
Masa itu dia ada tanya soalan yang saya tidak ada pengetahuan… dia lantas menjawab, "ayo takkan you tak kenal itu orang, kena banyak baca buku…"
Saya tersentap… mungkin dia lihat saya masih naif dalam bab itu yang sepatutnya saya mesti kena tahu… awak kan pengguna kindle… bermakna awak mesti dah banyak baca buku…
Kembali kepada cerita John Wood dalam buku ini… beliau sangat dedikasi…
Mencintai buku dan pendidikan…beliau mendapat didikan yang baik daripada Ibubapanya…
Ibu dan neneknya yang selalu membacakan buku untuknya ketika dia masih kanak-kanak… rupanya kesan itu cukup kuat sehingga dia dewasa…
A heartfelt thank you to my wife for patiently nurturing our children's love for reading. Your dedication means more than words can express.
Sesekali saya trace back kehidupan saya sendiri… bagaimana saya dapat hobi dan kesedaran ini… satu moment yang saya masih ingat adalah masa sekolah rendah, perpustakaan bergerak selalu datang ke sekolah…
Saya teruja…
Saya naik van besar itu, walaupun mulanya saya takut… mungkin dari situ saya dipupuk membaca… satu lagi yang saya perasan adalah saya minat membaca cerpen… dan setelah itu novel…
Semasa diawal sekolah menengah saya sehingga ketagih membaca cerpen… Rupanya saya tahu kekuatan membaca genre fiction adalah imaginasi… saya berimaginasi dengan watak-watak itu sendiri… ia membuat saya rasa seronok dan menjiwai jalan cerita… ia juga mampu melambutkan jiwa dan meningkatkan empati diri pada orang lain…
Sebelum Buya Hamka saya kenal Habiburrahman el Shirazy…ia benar-benar novel pembangunan jiwa… namun sebelum itu lagi saya telah mendekati novel ditulis arwah Ustaz Azman…isi novelnya persis penulis yang lembah lembut…
Banyak juga sebenarnya kisah dalam buku ini buat saya menitis air mata… tidak sangka disebalik nama microsoft tu ada kisah yang membasahkan mata… kisah orang fakir miskin yang tak pernah dapat akses buku… buta huruf… tidak ada sekolah… sekolah daif…
Kita sepatutnya sangat bersyukur dengan nikmat yang kita terima hari ini…
Bayangkan bila mereka dapat bantuan buku dan duduk dalam library yang baru dibina…anak-anak ini dapat lihat dunia… dapat lihat gambar yang mereka tidak pernah lihat… senyuman kanak-kanak yang memerlukan hak untuk belajar dan bersekolah itu memberi kekuatan dan inspirasi…terutamanya perempuan…
Kanak-kanak perempuan perlu ada pendidikan yang baik dan cukup… mereka akan jadi isteri dan ibu seterusnya yang akan terus mendidik anak- anak mereka sendiri… ia adalah cycle yang John Wood perjuangkan…pelbagai scholarship khas untuk pelajar perempuan dicari agar mereka boleh terus belajar…
Dalam perjuangan John Wood membina organisasi 'Room to Read' ini… beliau juga diuji…Antaranya ada perasaan negatif…
Beliau ada menyebut satu kata-kata untuk keep moving forward…
"The more time you spend navel gazing, the longer you give those negative gravitational forces to keep u in their tether"
Semakin lama kamu tenggelam dalam renungan terhadap diri sendiri, semakin kuat kamu memberi ruang kepada kuasa-kuasa negatif untuk terus menarik dan membelenggumu.
Jangan fikir banyak sangat boleh buat ke tidak… just dive in!
Kisah dan pelajaran daripada buku ini yang boleh saya simpulkan:
- John Wood Meninggalkan kerjaya yang sangat berjaya di Microsoft demi mengejar tujuan hidup yang lebih bermakna.
- Beliau diilhamkan selepas melihat sendiri kekurangan akses kepada pendidikan dan buku semasa lawatan ke Nepal.
- Beliau menubuhkan Room to Read, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan akses kepada pendidikan dan bahan bacaan untuk kanak-kanak.
- Beliau membuktikan bahawa seorang individu mampu mencipta impak besar kepada masyarakat di peringkat global.
- Beliau menekankan bahawa kepimpinan sebenar ialah berkhidmat kepada orang lain, bukan sekadar mencapai kejayaan kerjaya.
- Beliau menggalakkan pembaca berani keluar daripada zon selesa dan mengambil risiko yang terancang.
- Beliau menunjukkan bahawa ketabahan, daya tahan dan kejelasan matlamat adalah kunci kepada kejayaan.
- Beliau menekankan kepentingan kerjasama, jaringan dan usaha mendapatkan sokongan bagi merealisasikan sesuatu misi.
- Beliau menginspirasikan pembaca untuk menyelaraskan kerjaya dengan nilai dan tujuan hidup.
- Beliau mengingatkan bahawa kejayaan sebenar bukan diukur melalui jawatan atau kekayaan, tetapi melalui manfaat dan perubahan positif yang kita bawa kepada kehidupan orang lain.
I want to change the world too. This book has truly inspired me
#danialmembaca2026