NOTA RINGKAS PERSIDANGAN MEJA BULAT PELANCONGAN MASJID (MTRT) 13 - 15 JULAI 2025
Terima kasih sekali lagi kepada penganjur Islamic Tourism Centre (ITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM atas penganjuran program yang bermanfaat ini.
*HALA TUJU ITC:*
- Menggalakkan masjid menubuhkan unit khas untuk menguruskan lawatan.
- Menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dalam membangunkan segmen Pelancongan Masjid di Malaysia.
- Program Hari Terbuka Masjid (Mosque Open Day) Menggalakkan aktiviti komuniti yang lebih relevan.
- Mengadaptasi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Sustainable Development Goals)
- Mengamalkan digitalisasi dalam Pelancongan Masjid.
*ELEMEN-ELEMEN PENTING PELANCONGAN MASJID:*
- Peranan ruang sambutan atau welcome area.
- Sokongan bahan informasi dalam pelbagai bahasa, papan tanda yang informatif, serta kod QR.
- Kehadiran masjid dalam platform digital.
- Kemahiran komunikasi.
- Mengambil kemahiran asas bahasa asing.
*PERANAN STRATEGIK JAKIM DALAM PELANCONGAN MASJID:*
- Sebagai agensi penyelaras dasar Islam peringkat kebangsaan.
- Menyediakan garis panduan berkaitan pengurusan pelancongan masjid.
- Menjalinkan kerjasama dengan agensi pelancongan, pihak berkuasa agama negeri (PBAN) dan pihak berkuasa tempatan.
*INISIATIF JAKIM BERKAITAN PELANCONGAN MASJID.*
- Penyediaan Garis Panduan Pelancongan Masjid.
- Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Masjid.
- Garis Panduan Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid (SPPM).
*5 POINT RESOLUSI MTRT 2025*
1. Bersetuju bahawa permintaan terhadap Pelancongan Masjid semakin meningkat dengan potensi besar untuk diteroka dan masjid berperanan sebagai:
bina dan menyertai aktiviti komuniti.
2. Bersetuju bahawa keperluan utama dalam pelaksanaan pelancongan masjid yang berkesan memerlukan garis panduan yang jelas, struktur organisasi yang tersusun, kursus dan latihan khusus untuk kumpulan pengurusan masjid dan sokongan padu daripada komuniti setempat.
3. Bersetuju bahawa hubungan dua hala yang kukuh antara masjid dan agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta pemain industri pelancongan seperti perniagaan dibawah program Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) dan pemandu pelancong Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG) adalah perlu bagi memperkasakan Pelancongan Masjid secara komprehensif dalam ekosistem pelancongan negara.
4. Bersetuju bahawa pengurusan / sukarelawan / warga kerja masjid perlu menunjukkan keterampilan profesional dan berkarisma dalam menyantuni pelawat demi imej Islam yang kemas dan mesra.
5. Bersetuju untuk mempraktikkan/melaksanakan komunikasi berkesan dengan berhemah, mesra dan empati dalam kefahaman konteks pelawat serta mengaplikasikan teknologi digital (media sosial, laman web, dan lain- lain) dengan sewajarnya untuk meningkatkan hebahan dan promosi masjid pelancongan serta memantapkan komunikasi kepada masyarakat.