Bengkel Persediaan Makalah - Kursi Tun Dr. Ismail (KTDI)

Alhamdulillah, selesai Bengkel Persediaan Makalah selama 3 hari.

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Kursi Tun Dr. Ismail (KTDI) dengan kerjasama Institut Kajian Etnik (KITA) UKM dan Global Malaysia Studies Network (GMSN) atas penganjuran bengkel penulisan buku yang sangat bermanfaat.

Sepanjang 3 hari berkampung, fikiran saya benar-benar dicabar dan disajikan dengan pengisian yang sangat padat daripada tokoh-tokoh sarjana besar. Antara ilmu yang dipelajari:

Prof. Dr. Fransisco Budi Hardiman:

Beliau membedah secara mendalam berkenaan Marxisme dan Teori Kritis, bermula dari pemikir generasi pertama (Horkheimer, Adorno, dan Marcuse) sehinggalah menjangkaui Teori Kritis Pasca Habermas.

Pengisian ini sangat mengukuhkan lagi pemahaman saya terhadap konsep ruang awam dan Demokrasi Deliberatif yang saya gunakan dalam kajian.

Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Rahman Embong:

Membuka minda kami menerusi tajuk "Negara-Bangsa: Gagasan dan Praktik Merentasi Liku-Liku Zaman". Daripada beliau, saya belajar menelusuri sejarah bagaimana pembentukan negara-bangsa itu terbina, berevolusi, dan didepani pelbagai cabaran.

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin:

Mengupas secara kritis berkenaan "Mimpi Negara-Bangsa". Ia memberikan pencerahan luar biasa kepada kerangka saya tentang Nation-of-Intent di mana realiti masyarakat majmuk di Malaysia ini sentiasa berada dalam fasa dirunding untuk mencapai kesepaduan. Paling berharga adalah beliau kongsi input alat analisis apabila melakukan kajian terutamanya dalam sains sosial.

Prof. Dr. John Roosa:

Mendedahkan kami kepada seni pensejarahan, khususnya tentang "Events and Non-events in the Writing of History" dan teknik penceritaan dan analisis dalam menulis sejarah yang melibatkan konflik dan keganasan (Histories of Violence).

Bulan 9 bentang makalah pula untuk dikomen 3 panel penilai dan selepas itu bengkel permurnian makalah dan baru buku diterbitkan tahun hadapan. Begitulah proses ketat yang perlu dilalui dan Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri sendiri sangat menekankan kajian yang 'hidup'!

#phdjourney #belajarmenulis #bengkelpenulisanmakalah #ktdi #kita #ukm

Kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE)
Pembentangan Abstrak Bengkel Kursi Tun Dr. Ismail ...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Tuesday, 21 July 2026