Malam selepas dinner di Homestay Killarney

Malam itu saya diminta untuk memberi sedikit tazkirah selepas makan malam di homestay Killarney Holiday Village semasa sesi santai perkenalan diri.

Sebenarnya bagus juga buat sesi kenalkan diri sesama peserta trip ditengah-tengah itinerary. Biarkan para peserta independent saling mengenali secara natural. Biarkan mereka mengenali hati dan budi dalam beberapa hari sebelum mengenalkan diri secara lebih teratur dan lebih detail latar belakangnya.

Setelah mendapat tahu itinerary malam itu, saya ligat berfikir apa isi tazkirah yang sesuai aku nak cakap malam ni sambil cuba membayangkan wajah-wajah peserta trip untuk 'periksa' latar belakang mereka.

Tapi apa yang lebih merisaukan,

"Boleh ke saya bercakap lama kerana pedih lidah dan mulut diserang ulser disamping tekak pun tak begitu baik?"

Sebab malas nak berfikir atau terus menolak, saya ambil keputusan "just play it by ear", kita lihat nanti, harapnya masa tu saya dah makin baik.

Saya memperkenalkan diri pada giliran yang terakhir. Em, cakap je lah apa yang terlintas.

Kebiasaan saya memberi tazkirah semasa kerja bermusafir bermula ketika menjadi Tour Leader Kembara Sufi. Setiap pagi atas bas saya akan membuka bicara atau saya mula dengan zikir pagi.

"Alhamdulillah Allah temukan kita, semua ni atas pengetahuan dan taqdir Allah. Beribu-ribu daun yang berguguran di pohon besar itu pun Allah 'azza wajalla tahu setiap satu daripadanya apatalah lagi pertemuan kita pada malam ini."

Saya kongsi sikit mindset saya musafir yang pertamanya bukan kerana mahu enjoy scenery, tapi saya musafir jauh sebab saya enjoy dengan manusia, bahasa dan budaya. Saya akan observe setiap moment yang berlaku disekeliling saya.

Alhamdulillah saya dapat observe Irish people. Sebelum saya ke sini saya dapat maklumat dalam buku travelog di Hamparan Shamrock tentang orang Ireland. Saya ingat bagaimana penulis menggambarkannya.

Ternyata perkara itu benar. Orang Ireland peramah. Menarik. Saya juga observe expression bahasa harian mereka. Antaranya, bila saya sebut

"Thank you"

Instead of cakap "you are welcome" dan lain-lain, ada dalam kalangan mereka balas dengan "have a nice day".

In sha Allah lepas ni saya nak cuba explore Irish punya colloquial dan accent disamping sejarah bahasa Inggeris mereka. Ustaz Hasrizal ada juga berkongsi some info.

Bermusafir. Apa yang kita dapat? Niat dan mindset sangat penting. Saya kongsi pada peserta trip, semoga musafir jauh kita ini bukan sahaja menebalkan gambar kenangan dalam album, tapi juga mestilah menjadikan kita lebih baik dan matang.

Alhamdulillah atas peluang dan rezeki yang Allah kurniakan pada kita.

Kata Ustaz Hasrizal, "untuk berdakwah, kita kena suka pada manusia."

Saya setuju.

Suka bermakna ambil tahu, fikir, perhati, simpati, empati dan maafkan atas apa-apa kesilapan apatah lagi jika ada keuzuran. Kita berdakwah dengan manusia – manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Jadi dengan suka pada manusia itu kita lebih mudah bertolak ansur. Kita juga manusia dan manusia lain juga memerhatikan kita.

Disebabkan sesi saya kenalkan diri adalah yang terakhir dan mungkin mereka mengganggap saya ingin memberi tazkirah, saya pun cuba panjangkan sedikit, walhal saya sebenarnya dah 'lost', sebab saya bukan penceramah dan saya tak begitu mahir memberi ceramah. Untuk bercakap dikhalayak biasanya saya akan buat nota, sebab saya tak suka cakap merewang-rewang apatah lagi goreng ikut suka.

Saya secara tiba-tiba terkenangkan kisah arwah abah saya رحمه الله رحمة واسعة meninggal dunia ketika saya masih di Madinah. Di hari yang sama, senior saya yang baik hati memujuk saya menemaninya ke Uhud.

Ketika saya betul-betul berada di Jabal Rumah, saya terkenangkan sirah Nabi saw. Ketika itu bapa saudara Nabi Muhammad saw, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib ra dibunuh dan Nabi begitu sedih.

"Oh mungkin begitu ya perasaan sedih Nabi saw ketika dapat tahu bapa saudaranya syahid"

Saya reflect pada diri saya sendiri lalu saya pun menitiskan air mata dibukit itu juga.

Itulah antara cerita kecil kesan bermusafir dinegara orang. Moga saya yang diberi peluang ke bumi lain ini boleh membawa manfaat buat masyarakat sendiri.

Saya kasih dan sayangkan tanah air saya. Moga pulang kembali ke tanah air juga akan menambah rasa syukur. Syukur yang buat kita makin rendah diri, makin pudar cinta dunia, makin basah cinta pada kampung akhirat.

Nabi saw juga pernah merindui Mekah. Tempat baginda dilahirkan dan dibesarkan. Itu adalah fitrah. Itu adalah perasaan yang ada pada semua orang.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد.

#mohddanialmengembara #ireland #tourleadermeshtravel