Sungguh tidak sangka saya akan menemubual al Fadhil Hasrizal حفظه الله di bumi Ireland. Syukur Alhamdulillah atas peluang dan kesempatan ini. Sebenarnya kami tidak begitu merancang sebabnya jadual trip saya ke Ireland yang mungkin tidak sesuai untuk 'mengisi' slot temubual, jadi kemungkinannya temubual melalui zoom adalah mungkin medium terbaik selepas saya pulang ke tanah air nanti.

Namun Alhamdulillah atas kesungguhan ustaz ingin membantu, dapat juga malam ini saya melaksanakan temubual selamat 1 Jam 40 minit. Alhamdulillah soalan-soalan temubual yang rapi telah saya sediakan lebih awal dan ia sangat memudahkan untuk saya melaksanakannya agar persoalan kajian khusus untuk fasa 1 DDR dapat memberi jawapan solid dan lebih kontekstual.

Saya mendapat idea memilih ustaz menjadi informan temubual setelah membaca buku "Di Hamparan Shamrock". Buku ni sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk tesis saya malah menyuntik rasa lebih bersemangat. Pengalaman ustaz memegang jawatan "Minister of Religion" di Republik of Ireland yang kerja utamanya menjadi Imam, mudir sekolah dan pelbagai lagi "peranan" lain di Islamic Centre Belfast cukup memberi input solid.

Banyak kisah menarik lain lagi yang ustaz kongsikan. In sha Allah rakaman ini nanti lepas selesai pengajian boleh dikongsikan secara public. 'Ala kullihal, saya selalu mengimpikan dapat belajar di bumi Eropah satu masa nanti. Menziarahi Trinity College Dublin semalam membuatkan saya rasa lebih semangat dan seronok. Mudah-mudahan ini adalah langkah awal. Dapatlah juga sikit vibe penuntut ilmu di luar negara lagi.

Terima kasih Ustaz sebab sudi meluangkan masa dan driving jauh dari Naas ke Kilkenny. Sungguh ini adalah pengalaman yang cukup bermakna. Sambil musafir dan kerja, agenda tesis tidak saya biarkan begitu sahaja. Doakan saya.

Phd Candidate, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin-UniSIRAJ & Tour Leader, Mesh Travel.