Tamat bacaan dihujung minggu.
Respon awal untuk buku ni, "bagusnyaa… 5 bintang!"
Penulis menggunakan gaya bercerita dalam perkongsiannya tentang 'seni menulis artikel jurnal'. Very informative dan menarik penulisan ini dimulakan dengan mindset yang betul bahkan mempunyai nilai-nilai Islam.
Setakat pengamatan saya yang sangat terhad, saya belum jumpa buku-buku seperti ini untuk bidang pengajian Islam, begitu juga buku-buku tentang perjalanan dan tips pelajar pascasiswazah dalam bidang pengajian Islam.
Namun, disebabkan saya suka belajar dan memerhati cara fikir orang luar bidang, maka saya akan tetap baca, mudah-mudahan saya berjumpa dengan buah fikiran diluar kotak! Penulis adalah dalam bidang sains dan kejuruteraan.
Melalui buku ini, saya dapat memerhatikan bagaimana detail penulis memberikan sesuatu pendapat dan cadangan. Saya juga dapat rasakan penulis 'passion' dengan perkongsian dalam buku ini. Banyak sudut yang diceritakan agar sebagai seorang pemula boleh lebih cepat belajar dan kurangkan kesilapan.
Buku ini bagus untuk pelajar master dan PhD yang perlu menghantar artikel jurnal sebagai syarat graduasi, buku ini juga bagus untuk dibaca oleh pensyarah baru yang ingin lebih cepat memahami isu, hal dan selok belok penerbitan jurnal bahkan ia membantu anda untuk memudahkan urusan anda sebagai penyelia dan reviewer.
Saya sendiri dulu pernah rasa nak jadi pensyarah, jika ada taqdir dimasa hadapan, maka saya yakin buku ni bakal membuat saya cepat memahami sesuatu dan matang dalam membuat sesuatu tindakan. Namun jika tidak, ia tetap berguna kerana saya cintakan ilmu pengetahuan!
#danialmembaca2024