By Mohd Danial on Sunday, 20 August 2023
Category: Tarbiyah

​KUATNYA KESAN MUZIK KE ATAS OTAK KITA

Biasa tak terngiang-ngiang dengan muzik atau lagu yang kita dengar selama ni?

Kadang-kadang lagu tu kita dah dengar lebih 20 tahun, tapi masih 'terngiang-ngiang' jelas.

Masa mamai nak bangun daripada tidur, masa rasa kosong tak de buat apa-apa, masa masuk tandas.

Memang sukar meninggalkan muzik secara total. Sebab kebanyakan daripada kita memang hidup dengan muzik. Dah rasa manis dan lali. Rasa syok dapat nyanyi sesuatu lagu dengan fasih dan suara yang 'lunak'.

Namun saya teringatkan satu masa nanti bahawa kita semua akan menghadapi saat nazak menghadapi kematian.

Pada ketika itu, apakah yang akan hadir dikepala kita? Suara apa yang akan teringiang-ngiang disaat itu?

Saya pernah melihat satu video rakaman di hospital, dikatakan otak mayat masih aktif dalam beberapa minit selepas disahkan meninggal. Tangannya masih bergerak-gerak seakan sedang bermain game. Dikatakan ia terlalu ketagih bermain game semasa hayatnya.

Video itu cukup menginsafkan. Namun saya selalu lupa!

Zaman jahiliyyah kita telah pun berlalu atau masih berbaki. Apa yang telah ditaqdirkan untuk kita telah pun berlalu. Itu skrip hidup kita. Namun, hari baru sentiasa datang dan sudi untuk terima kita jadi lebih baik.

Bagi mereka yang baru ada anak dan anak-anak masih di zaman kanak-kanak, berusahalah semampu mungkin untuk dekatkan anak pada masjid dan al Quran.

Anak-anak mesti membesar dengan kalamullah. Otak anak-anak cukup bersih dan sihat. Segala yang dia dengar dan nampak akan terakam mudah dan kesannya kuat. Jangan berbangga jika anak dapat berhibur dengan cara yang salah.

Kita adalah qudwah pertama mereka. Guru pertama dalam sekolah kehidupan mereka.

Imam Masjidil Haram Sheikh Al Dosari hafizahullah ada memberi nasihat,

kebaikan yang telah terlepas untuk kita laksanakan dizaman muda, gantikan dengan pindahkan pada anak-anak seperti menghafal al Quran.

Supaya anak-anak yang akan membesar dengan jalan yang lebih baik nanti dimasa hadapan.

Ya Allah jangan henti ilham kan kami taubat dan dapat terus buat kebaikan. Ampuni kami atas segala dosa dan kelalaian kami selama menjadi hamba Mu. 

Leave Comments