By Mohd Danial on Monday, 25 May 2026
Category: Nota Bahasa Arab

​Kenapa Faham I'rab Penting Dalam Penentuan Makna sebelum menterjemah?

Dalam bahasa Arab, sistem i'rab merupakan asas penting yang menentukan fungsi sintaksis setiap perkataan dalam ayat. Perubahan pada baris akhir kata nama atau kata kerja bukan hanya sekadar perubahan bunyi, tetapi menunjukkan hubungan tatabahasa seperti pelaku (fa'il), objek (maf'ul bihi), hal, maf'ul li-ajlih dan sebagainya.

Penguasaan sistem ini sangat penting dalam penterjemahan kerana ia membantu menentukan struktur makna, peranan setiap unsur dalam ayat, serta arah makna yang ingin disampaikan oleh penutur asal.

Sebagai contoh, dalam hadis Rasulullah s.a.w:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّىٰ يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Perkataan مَا ialah isim mawṣūl yang berperanan sebagai maf'ūl bihi kepada fi'il يُحِبُّ.

Terjemahan yang tepat ialah:

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri."

Namun, jika peranan kata mā sebagai objek tidak dikenal pasti dengan tepat, penterjemah boleh tersilap dan menghasilkan

Terjemahan yang kurang tepat,

contohnya: "Iman seseorang tidak akan sempurna sehingga dia menyukai saudaranya seperti dia menyukai dirinya sendiri."

Kesilapan ini berlaku kerana tidak memahami struktur i'rab, yang dalam konteks ini mengubah makna daripada unsur yang menjadi objek perbuatan kepada individu yang menjadi sasaran tindakan tersebut.

Oleh itu, yang dimaksudkan Nabi saw adalah dala hadis itu adalah,

kita perlu mempunyai sifat ihsan dan kasih sayang sesama manusia, iaitu:

- Kita suka sesuatu kebaikan untuk diri sendiri,

- Maka kita juga perlu suka kebaikan yang sama untuk saudara Muslim lain.

Contoh mudah:

يحب Disini lebih tepat diterjemah menyukai bukan mencintai. حب bukan semua diterjemah cinta dan hadis ni bukan bermaksud cinta batang tubuh saudara kita, tapi suka pada benda yang kita juga suka untuk diri kita sendiri.

Ia menunjukkan tahap kesempurnaan iman yang berkait dengan akhlak dan hati yang tidak hasad serta suka kebaikan untuk orang lain seperti untuk diri sendiri.

Fawaid ini boleh didapati daripada buku Penterjemahan Arab - Melayu (Teori, Teknik dan Aplikasi) oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid حفظه الله ورعاه.

#tintabahasa #terjemahan

Leave Comments