By Mohd Danial on Sunday, 17 May 2026
Category: Tarbiyah

IRELAND AKU DATANG

"Boleh saya tahu ada buku travelog ke Ireland?" 

Tanya saya kepada salah seorang staff kedai buku. 

"Emm oh ya ada, buku Ust Hasrizal, Di Hamparan Shamrock" tapi kami tiada stok buku tu, dah lama buku tu encik."

Emm seingat saya macam pernah beli, terus bertanya isteri di rumah.

"Ada!" ...Aaah lega. 

Tak perlu lagi mencari dan paling penting tak perlu keluar duit lagi membeli. Buku ni dah 13 tahun! Tapi isinya sentiasa menajamkan cara saya berfikir dan lebih daripada itu membasahkan hati saya yang kering.

Itu sebabnya saya tahu kenapa saya masih simpan buku walaupun belum membaca kerana saya tahu saya akan membacanya nanti. Memang kebiasaan jika saya ingin bermusafir ke satu-satu negara yang belum pernah saya pergi, saya akan mencari buku untuk membaca tentangnya.

Itu yang saya buat seperti sebelum ke Korea dan Taiwan. Alhamdulillah. Kisah-kisah dalam buku ini sesekali boleh buat pembaca menitis air mata. Hikmah dan rasa bertauhid digaul baik dalam penulisan ini. Ayat Quran dan hadis tidak kering disajikan.

Ia wajar dibaca oleh mereka yang bergelar 'Imam', 'Ustaz', 'Pendakwah', 'Guru'— atau muslim biasa juga! Travelog di bumi London, Belfast Islamic Centre - Nothern Irealand, Republic of Ireland, Dublin dan kenangan di tanah Arab Jordan sangat menyeronokkan. Sarat dengan pengajaran dan cara berfikir yang halus dan tajam. Berani tapi penuh mengharap. Buku ini juga sedikit sebanyak memberi suntikan semangat dan input 'rohani' pada tesis saya, kerana banyak kisah travelog ini berlaku di masjid di Belfast Islamic Centre, dan Imamnya adalah Ustaz Hazrizal sendiri.

Saya turut jadi rindu dan simpati pada anak-anak muslim generasi kedua dan ketiga. Besarnya pengorbanan guru mendidik mereka mengenal Islam dan cara amal Islam. Ini semua demi masa depan akidah mereka.Saya juga rasa empathy pada muallaf yang ramai disyahadahkan oleh penulis. Banyaknya kisah sedih, pilu, tersentap. Input-inputnya benar-benar membangunkan jiwa.

Ya Allah izinkanlah aku bermusafir ke Ireland. Berkatilah permusafiran itu nanti. Masa itu semakin dekat. Mahu juga mengambil banyak ibrah Islam di bumi sikitnya muslim.

Aku benar-benar seru nama-Mu. Allahuakbar.

#danialmembaca2025 See less

Leave Comments