Sebenarnya, nama 'Hamka' ini kita ingin bawa ke mana — apa tujuan kita? sebagai tokoh untuk dikagumi buat untung duniawi atau sebagai cerminan untuk menilai arah hidup sendiri?

Buku ini hadir bukan sekadar menambah maklumat, tetapi membimbing pembaca memahami gagasan besar melalui penulisan yang bersifat akademik, namun dicairkan bahasanya agar merentas lapisan masyarakat.

Hamka telah dengan jelas menetapkan arah dan tujuan hidupnya, justeru menjadikan karya-karyanya kekal relevan hingga ke hari ini. Beliau bukan sekadar ulama ulung yang dikenang jasanya, tetapi seorang pemikir yang mengajar kita bahawa kejelasan tujuan hidup ialah warisan paling berharga yang boleh ditinggalkan.

Sejauh mana kita sendiri telah menetapkan arah itu? Kita dimana?