Tajuk humble atau tawaduk atau rendah diri ini sebenarnya agak menarik untuk dikupas. Masa sesi bedah buku bulan lepas saya ada sebut perkara ini. Jangan mudah cakap orang 'humble' dan kena faham betul-betul definisi tawaduk dalam Islam.
Dalam hadis sebut
من تواضع لله رفعه الله
Barangsiapa yang rendah diri kerana Allah, nescaya Allah akan mengangkat darjatnya.
Saya beri penekanan pada rendah diri itu mestilah semata-mata kerana Allah, bukan kerana manusia.
ليس للناس!
Untuk rendah diri semata-mata kerana Allah pula, ia mesti ada hubungan iman dan taqwa.
Tawaduk adalah salah satu cabang akhlak. Akhlak adalah satu cabang iman. Selama ini kita 'tawaduk' kerana siapa?
Diluar sana banyak orang yang dikatakan "rendah diri" namun melakukannya kerana 'kepentingan' tertentu. Mahu dipuji, mahu diangkat, mahu disebut-sebut, puncanya niat tidak dilakukan kerana Allah. Diuji cinta dunia.
Malah ada manusia yang buat-buat tawaduk supaya perniagaannya meningkat! Nauzubillah.
Kita mungkin kata VVIP itu tawaduk kerana sudi makan bersila bersama kita dibawah, walhal itu mungkin baginya perkara biasa sahaja, kita pula jaja puji VVIP itu tawaduk.
Kita kena lebih bersederhana dalam memuji seseorang. Kerana VVIP yang sama duduk bersila dengan kita itu mungkin akan berang bila ia ditegur kerana melalukan kesilapan.
Makan bersila bersama rakyat marhaen dan menerima teguran atas kesilapan mana lebih benar tawaduknya?
Saya tidaklah menafikan secara total bahawa rendah diri boleh juga berlaku dengan cara bersama-sama orang bawah dan ia dilakukan kerana Allah. Tapi itu bukan ukuran yang tepat apatah lagi jika kita berlebih-lebihan dalam memuji.
Soft-spoken juga bukan semestinya rendah diri, walaupun ia lebih disukai ramai orang, terkadang saya lebih takut dengan orang yang soft-spoken dan lebih percaya dengan orang yang biasa-biasa sahaja nada percakapannya.
Begitu juga lah jangan cepat tuduh orang sombong.
Ingat, 'first impression' orang lain pada kita tak begitu penting, kerana banyak keuzuran yang kita boleh berikan, tetapi sebaliknya kitalah kena sentiasa berusaha menjaga 'first impression' kita pada orang lain.
Ketika orang menolak sesuatu, ia juga boleh ditafsirkan dia sedang merendah diri dengan diri sendiri. "Saya menolak kerana saya tidak mampu, bukan kerana saya sombong, saya sedar akan kekurangan diri sendiri, oleh itu, menerima perlawaan ini tidak akan memberi apa-apa kelebihan malah mungkin merosakkan."
Kita mungkin akan kata sombongnya dia tidak mudah menerima kenalan baru, namun itulah sebenar-benarnya proses merendah diri malah hati. Menyedari dan mengakui kelemahan diri adalah satu ciri-ciri rendah diri yang sejati walaupun terpaksa dilabel 'sombong' oleh sebahagian orang.
Sebenarnya banyak lagi cara dan kaedah Nabi saw telah ajar kita tentang perkara ini.
Saya sengaja intai juga bagaimana perspektif barat melihat perkara ini melalui buku ini. Banyak perkara yang saya bersetuju dan pernah lalui sendiri. Saya suka baca buku bahasa Inggeris dan saya suka proses berfikir ketika sedang membaca pengisian yang membawa kepada sesuatu input yang ditulis orang yang berlainan agama dan bangsa. Namun saya akan terus latih untuk 'question', kalau perkara ini Allah kata apa, kalau perkara ini Nabi kata apa pula?
Supaya saya lebih menghargai nilai Islam yang saya lebih yakini nilainya. Yes, I really enjoyed reading how the author elaborates through real-life stories inside this book.
Lagi buku tu berwarna coklat, lagi saya suka menyimpannya. Seperkara yang saya pernah dengar orang kata, "In order to gain new ideas, one should read old books."
Ada kebenarannya.
Buku ini telah diterbitkan sejak 22 tahun lalu, tidak terlalu lama, namun cukup matang dalam memberi perspektif yang mendalam. Pengisiannya ringkas dan mudah difahami, serta masih relevan untuk dikaitkan dengan realiti dunia global hari ini yang bergerak sangat pantas, khususnya dalam aspek hubungan sesama manusia.
Antara yang menarik.
Why do humble people attract a loyal response?
• They do not openly resist others' self-centered behavior.
• They allow others to try to get what they want without overt resistance.
• They question conduct they can't condone but do not criticize caustically.
• They don't complain about their help.
• They lead by example not words.
• They help people see the advantages of unselfish behavior.
• They volunteer.
• They appreciate others' talents.
• They are thankful.
Humble people can move forward without handicapping themselves with either self-pity or vengeance because:
• They are sensitive to hardship.
• They respect different talents.
• They acknowledge their vulnerability.
• They are protected by those they help.
• They are trusted.
• They expand their skills
Wallahu'alam.
#danialmembaca2026