Alhamdulillah selesai bentang makalah untuk sumbangan bab dalam buku nanti. Tajuk kajian mempunyai kaitan dengan Tesis PhD saya yang still on going.
Nervous plus teruja dapat bentang dan dengar komentar Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, tokoh yang paling disegani terutamanya dalam Sains Sosial dan Antropologi Sosial di Malaysia.
Prof sangat menitik beratkan kualiti kajian dan penulisan agar ia menarik, lain daripada yang lain, baru dan hidup sehingga ia boleh menjadi sumber rujukan utama.
Anyway, banyak lagi saya perlu belajar dan baiki dalam sesi khas baiki penulisan terakhir Nov nanti. Nampaknya ada lagi yang boleh dimuatkan dalam Kajian Literatur tesis saya.
Moga saya dapat terus belajar daripada peluang seperti ini dan sesungguhnya ini adalah salah satu journey yang saya akan ingat sampai bila-bila. In sha Allah.