RECAP BEDAH BUKU
Alhamdulillah, selesai sudah Sesi Bedah Buku kita malam tadi yang mengupas naskhah agung Buya Hamka, iaitu novel *Tuan Direktur*.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis ilmu kita!Bagi yang terlepas, ini adalah ringkasan 4 pengajaran utama yang dapat kita selami daripada sesi semalam:
Harta Boleh Membutakan Hati & Merosakkan Persahabatan Apabila Tuan Direktur mula leka mengejar wang dan kehormatan, dia secara tidak sedar telah menjadi miskin budi bahasa lalu membuang sahabat-sahabat jujurnya (seperti Fauzi dan Haji Nawawi). Sebaliknya, dia membina 'echo chamber' miliknya sendiri dengan lebih suka dikelilingi oleh golongan pengampu bermulut manis seperti Margono yang hanya pandai bertanam tebu di bibir.
Bahaya Sifat Takbur dan Penindasan Melalui dialog watak Pak Yasin dalam novel ini, ditekankan bahawa asal usul penyakit kezaliman seorang majikan adalah bermula daripada satu pintu sahaja, iaitu sifat takbur. Akibat ego dan ketamakan mahu membesarkan perniagaan, Jazuli sanggup mengupah orang untuk mencipta surat layang dan konspirasi fitnah demi merampas tanah milik Pak Yasin.
Kehancuran Akibat Kepercayaan Karut (Khurafat) Walaupun Jazuli sentiasa berbangga menganggap dirinya ahli perniagaan yang hidup di zaman moden, dia secara ironisnya telah diperbodohkan oleh pengurusnya (Kadri) untuk mempercayai ilmu gaib (teosofi). Ketaksubannya meminta nasihat daripada alam halus dan roh ini telah membutakan mata hatinya sehingga dia sanggup memecat para pekerjanya yang jujur dan setia.
Kekayaan Sejati Adalah Ketenangan Jiwa (Qanaah) Watak pahlawan sebenar dalam novel ini, Pak Yasin, mengajar kita bahawa walaupun dia sekadar memakai pakaian lusuh dan tinggal di rumah usang, jiwanya sangat merdeka kerana dia pemurah dan melayan penyewanya seperti anak-anak sendiri. Pak Yasin sedikit pun tidak gelap mata melihat timbunan wang beribu-ribu yang ditawarkan oleh Tuan Direktur kerana baginya, tanah itu adalah tempat dia mencari kekayaan batin dan beribadah kepada Allah SWT.
Kesimpulan: Jadikan kisah kejatuhan Jazuli ini sebagai pengingat buat kita semua yang sedang mencari rezeki. Terdapat satu pesanan yang sangat menusuk jiwa dari naskhah ini:
"Pikirlah olehmu, Jazuli. Bahwasanya kekayaan uang, tetapi miskin dalam persahabatan adalah kemiskinan sejati. Tandanya akhlak orang itu akhlak dan hatinya batu..." Beringatlah sentiasa, wang berjuta sekalipun tidak akan dapat membeli sebuah ketenangan dan sahabat yang sejati!
Silakan SHARE jika anda rasa ia bermanfaat untuk peringatan bersama. Insya-Allah, kita akan terus meneroka lautan ilmu pemikiran Buya Hamka. Jumpa anda di Sesi Bedah Buku Hamka minggu hadapan, pada hari dan masa yang sama (Malam Jumaat)!
#buyahamka #tuandirektur #sesibedahbuku #pelitahamka #motivasikehidupan.
Bedah Buku Siri 1 : Tuan Direktur